はじめまして

HELLO PEEPS!



The name's Hani, 20-ish!
Thanks for visiting & don't forget to leave
your footprints ♪


Entry Author Follow D'board

WALKIE TALKIE


Followers


ARCHIVE




CREDITS

© TEMPLATE FROM ARRIEN
TUTORIALS BY ATIQAH & AFIQAH
GIFS ARE FROM TUMBLR
Redeem Birthday Treats 2024!
Saturday, February 10, 2024 • February 10, 2024 • 0 comment(s)

 

Helloooo! Yalls pernah redeem voucher sempena birthday tak? Birthday saya last month, jadi ada lah beberapa voucher yang selamat saya redeem walaupun ada yang tak guna pun. Bila dah pertengahan tahun, selalunya ramai yang share birthday treats/rewards itu ini. Paling jealous dengan August peeps since they're offered more special rewards as Malaysians. Jadi, tahun ni saya pun cubalah explore anything yang saya rasa nak redeem berdasarkan apa yang orang share tahun lepas hehe. Ada yang free, ada yang berbayar. For sure, majoriti berkenaan makanan!

1. Old Town White Coffee - Nasi Lemak + Rendang Chicken (free)
Untuk birthday reward OTWC, memula kena apply membership di website dia. Oh, dia tak ada apps. Bila dah isi tarikh lahir apa semua, barulah keluar voucher tu. Voucher kemudiannya valid dalam masa 10 hari lepas korang redeem.
2. Family Mart - Sofuto (free)
FM dengan free ais krim Sofuto time bulan birthday memang dah tak asing. Install apps FM, then voucher akan muncul time birthday and valid sampai hujung bulan birthday korang. Cara nak redeem pun ada diterangkan dalam voucher tu.


3. Zus Coffee - Buy 1 Free 1 Cake
Macam biasa, kena install apps ZC. Voucher akan muncul time birthday dan valid sebulan dari tarikh birthday. 


4. Bask Bear - Buy Toastie Free Coffee
Install apps BB. Birthday reward ni kena beli toastie, tak kisah yang mana satu dan akan dapat free coffee worth below RM10. Valid sebulan selepas korang redeem voucher tu.


5. Tealive - Buy 1 Free 1
Install apps T, then voucher akan muncul on your birthdate. Korang kena beli any drink, then dapat free a drink worth below RM7.20. Valid sebulan lepas korang redeem voucher tu juga.


6. myNEWS - Maru Americano / Maru Fruity Tea (free)
Install apps MN, kemudian voucher akan muncul. Tak sure muncul bila sebab voucher saya agak lewat nak muncul dari tarikh birthday. Valid sampai hujung bulan birthday. Tapi tak sure semua orang akan dapat voucher yang sama, sebab sebelum ni ada juga yang dapat voucher lain macam Kit Kat lah, apa lah.

7. SedapZ - 50% OFF Food
Saya tak pernah tahu tentang kewujudan apps SZ ni. Menarik juga, sebab ada certain food outlet yang saya selalu pergi. Rugi tak ambil point. So total ada 6 outlets dan semua voucher ni ada waktu bulan birthday korang. Untuk redeem, tak perlu point pun tapi valid sebulan selepas korang redeem voucher tu. Option makanan yang boleh dapat 50% off tu pun macam apa yang tertera pada voucher sahaja.


8. Zoo Negara - entry (free)
Free masuk zoo, siapa yang tak mahu. Tiket nak masuk jumpa panda mahal kot. Caranya tak perlu install apps, just kena tunjuk IC dan isi borang kat zoo tu je. Saya pergi dengan kawan yang birthday dia hujung Disember sebab valid sebulan selepas tarikh lahir. Malangnya that day ramai gila orang! Hari tu jugalah dia nak sambut 60th anniversary, jadi tak dapat jumpa panda. Tak sanggup kami nak beratur panjang.


Bear in mind, semua yang di atas ni tak perlukan points pun dalam apps. Ada juga certain apps yang perlukan points macam Llao Llao dan 7 Eleven. Bagi kes yang macam ni, kena guna apps sebulan sebelum your birth month kalau nak selamat. Jangan jadi macam saya, sehari sebelum brithday baru nak install segala apps. Memang tak muncul pun vouchernya. Korang yang birthday dalam hari-hari yang mendatang, silakanlah explore lagi apa yang boleh di-redeem. So that saya boleh cuba lagi tahun depan hahahah!